Setiap sesuatu ada mulanya. Jadi saya ingin berkongsi satu cerita perihal bagaimana saya bermula menceburkan diri dalam hobi mengait ini.
.....Ada satu memori yang tak pernah lepas dari ingatan; Seorang kanak-kanak tadika melihat Emaknya mengait kopiah hitam dan hijau untuk Ayah. Hmm..menarik! Emak memegang hook dan benang yang tebal. Waktu itu daku tak tahu apa itu crochet. Kanak-kanak itu melihat penuh minat dan ingin mencuba. Tetapi Emak berkata, "nantilah bila awak besar sikit baru belajar". Mungkin sekarang Emak dah lupa, tapi dari situ datang minat yang terpendam lama.
Kemudian datang ilham pada awal Ramadhan 2009 untuk mencungkil minat yang lama. Self-learning crochet melalui video tutorial di internet. Maka terhasillah apa yang anda lihat di blog saya ini. Hasil kerja tangan yang bermula dari minat.
Walau apapun dan bagaimana saya bermula dan berada sekarang, insyALLAH saya tak pernah lupa. Bahawa segala ilham, kekuatan, daya dan upaya datang dari-NYA.
|
Brooch *pertama |