Monday, December 20, 2010

Hadiah Buat Little Princess

Hujung minggu memang menyeronokkan. Lebih seronok bila dapat menyiapkan 1 set aksesori yang comel ini. Alhamdulillah. Gift set ini mengandungi sepasang kasut, sarung tangan dan headband. Tiada yang baru dari saya, kerana kesemua aksesori berikut saya buat menggunakan free pattern dari laman-laman web pereka crochet. Cuma deco tambahan seperti 3-layers flower dan tiny flower adalah rekaan saya (nantikan tutorial dari saya, tak lama lagi, insyALLAH)

Untuk Kasut bayi, saya menggunakan pattern mary janes---> sila lihat post kasut green mint mary janes sebelum ini.
 
Kasut Bayi:
Benang: 100% akrilik jenama NONA
Jarum: Double Ended Crochet hook saiz 3.5mm jenama CLOVER

Bunga Ungu: 
Benang: Jenama DMC (100% cotton embroidery)
Jarum: Saiz 2.20mm jenama CLOVER

Rekaan sarung tangan masih menggunakan rekaan Bella Bambina Baby Mittens.

Tutorial baby headband oleh Frances Hughes boleh anda muat turun di SINI
dan cari kata kunci "headband". Ada 3 pattern headband yang ditunjukkan. Saya menggunakan pattern yang ketiga.

Keseluruhannya, saya menggunakan jarum saiz 3.5mm untuk benang green mint, saiz yang paling besar dalam koleksi untuk mendapatkan saiz kasut dan mittens yang optimum. Manakala bagi aksesori bunga ungu,untuk mendapatkan efek berkilat dan lebih lembut, saya menggunakan benang DMC dan jarum saiz 2.20mm.Hoho..walaupun benang DMC mahal berganda...

a) Green Mint Mittens

b) Green Mint Mary Janes (ditambah bunga crochet)

c) Gift Set

d) Headband

e) Upclose Headband

Tuesday, November 30, 2010

Where do i shop for material?

(a) Lorong Tuanku Abdul Rahman 3, berdekatan dengan Jalan Chow Kit
(b) Kedai WHite Petal dan Kassis menghadap Giant, Taman Permata

Ada 2 lokasi pilihan dimana saya membeli barang-barang jahitan seperti benang kait, butang dan manik. Jika saya ada masa yang agak terluang (selalunya di hujung minggu), saya lebih suka membeli barang-barang tersebut di Chow Kit (a). Ini kerana anda akan mendapati pilihan yang pelbagai serta harga yang sangat memuaskan. Walaubagaimanapun, jika saya hanya ingin membeli 1-2 benang kait yang dah habis stok, lebih senang dengan hanya menyinggah ke kedai Kassis atau White Petal (b) yang hanya 10 minit memandu dari rumah.

Tuesday, November 16, 2010

Asal Usul

Setiap sesuatu ada mulanya. Jadi saya ingin berkongsi satu cerita perihal bagaimana saya bermula menceburkan diri dalam hobi mengait ini.

.....Ada satu memori yang tak pernah lepas dari ingatan; Seorang kanak-kanak tadika melihat Emaknya mengait kopiah hitam dan hijau untuk Ayah. Hmm..menarik! Emak memegang hook dan benang yang tebal. Waktu itu daku tak tahu apa itu crochet. Kanak-kanak itu melihat penuh minat dan ingin mencuba. Tetapi Emak berkata, "nantilah bila awak besar sikit baru belajar". Mungkin sekarang Emak dah lupa, tapi dari situ datang minat yang terpendam lama.

Kemudian datang ilham pada awal Ramadhan 2009 untuk mencungkil minat yang lama. Self-learning crochet melalui video tutorial di internet. Maka terhasillah apa yang anda lihat di blog saya ini. Hasil kerja tangan yang bermula dari minat.

Walau apapun dan bagaimana saya bermula dan berada sekarang, insyALLAH saya tak pernah lupa. Bahawa segala ilham, kekuatan, daya dan upaya datang dari-NYA.

Brooch *pertama

Lagi Kasut Bayi

Terbaru, saya telah menyiapkan 3 pasang kasut bayi berikut. Rekaan pertama menggunakan rekaan percuma yang anda boleh download sahaja PDF pattern saartje booties . Kasut bayi ini menggunakan teknik 'knitting' atau istilah bahasa Melayunya ialah 'kait 2 jarum. Oh ye, rekaan asal saartje boties ini mempunyai 2 strap  yang sesuai dipakai oleh bayi lelaki mahupun perempuan. Tetapi saya telah mengubahnya menjadi 1 strap supaya ia kelihatan seperti kasut ballet. Dan bunga dibahagian adalah penambahan untuk menyerlahkan feminiti kasut tersebut.

Rekaan kedua dan ketiga menggunakan teknik crochet (Kait Satu Jarum) rekaan Tracey Aiena yang boleh anda dapati di youtube . Ada 5 step-by-step  video tutorial kesemuanya. Sungguh mudah! Frankly speaking, video tutorial is much easier to understand than reading a pattern by itself. Jadi, untuk anda dan saya yang baru-baru menceburkan diri dalam hobi mengait, belajar melalui video tutorial adalah cara yang terbaik. 

Jika anda perasan kasut ke-2 dan ke-3 sedikit berbeza. Ini kerana saya telah mengubahsuai kasut ke-2 dimana ia mempunyai 'ribbed' dibahagian tapak kasut. Manakala kasut ke-3 telah dibuat betul-betul mematuhi video tutorial Tracey Aiena. Selamat mencuba. 


(a) Pink Saartje Ballet Booties 

(b) Blue Ribbed Mary Jane Slipper


(c) Green Mint Mary Jane Slipper

Saturday, July 31, 2010

Tangan punya kerja

Alhamdulillah, Sepanjang minggu ini telah siap 4 pasang sepatu bayi. Rekaan (a), (b) dan (c) menggunakan free-pattern dari laman web magiadocrochet .Awalnya, saya telah termodifikasi  sepatu (a) kerana telah tersalah faham dalam membaca pattern tersebut. Hoho..al-maklumlah kerana pattern tersebut dalam bahasa Portugis.

Dengan kecanggihan google, saya menggunakan google translate untuk menterjemahkan pattern tersebut ke bahasa Inggeris, maka disitulah kekeliruan bermula. Pun begitu saya berterima kasih dengan magiadocrochet kerana pattern ini diiringi dengan banyak foto-foto yang menerangkan secara jelas step-by-step dan penerangannya juga terperinci.

Manakal sepatu (d) menggunakan free-pattern dari laman web lain. Huhu..berminat? Anda boleh muat turun sepatu bayi Mary Janes yang comel ini rekaan Carolyn Christmas. Selamat mencuba.
 (a) Blue chocolate
(b) Fresh green
(c) Cool Magenta
(d) Red Chille