Alhamdulillah, Sepanjang minggu ini telah siap 4 pasang sepatu bayi. Rekaan (a), (b) dan (c) menggunakan
free-pattern dari laman web
magiadocrochet .Awalnya, saya telah termodifikasi sepatu (a) kerana telah tersalah faham dalam membaca
pattern tersebut. Hoho..al-maklumlah kerana
pattern tersebut dalam bahasa Portugis.
Dengan kecanggihan google, saya menggunakan
google translate untuk menterjemahkan
pattern tersebut ke bahasa Inggeris, maka disitulah kekeliruan bermula. Pun begitu saya berterima kasih dengan
magiadocrochet kerana
pattern ini diiringi dengan banyak foto-foto yang menerangkan secara jelas
step-by-step dan penerangannya juga terperinci.
Manakal sepatu (d) menggunakan
free-pattern dari laman web lain. Huhu..berminat? Anda boleh muat turun sepatu bayi
Mary Janes yang comel ini rekaan Carolyn Christmas.
Selamat mencuba.
|
(a) Blue chocolate |
|
(b) Fresh green |
|
(c) Cool Magenta |
|
|
(d) Red Chille |