Monday, June 20, 2011

Topi Baby

Alhamdulillah. 7 Jun lalu lahirlah anak saudara bernama Wan Hanzalah. Comei!. Maka diriku telah membuat 2 helai topi buat baby Hanzalah. Patternnya boleh didapati di the dainty daisy blog dibawah ruangan free pattern.
Shell Stitch Baby Beanie

Betul. Patternnya betul-betul mudah. Benang yang digunakan benang khas untuk bayi, Baby Color jenama KUKA yang dibeli di BENANGKAIT. Benar, agak mahal kerana anda harus membeli 1 lot terus (ada 6 gulung), tetapi percayalah, sekali cuba pasti nak buat macam-macam dengan benang ini. Ia ringan dan warnanya sangat sweet. Saya menggunakan hook saiz 5.5mm. Oh ye, crochet hook saiz-saiz begini tak boleh didapati di kedai-kedai tempatan. Jadi saya membelinya di cotton house store.

Baby Color, KUKA


TQ Mak Ngah! Hanzalah suka topi nih! =)



Saya mendapati pattern shell stitch beanie memang sesuai sekiranya anda ingin buat topi yang mudah dan cepat siap (disiapkan kurang 1 jam). Bila dah ada anak buah, baru saya perasan sesuatu. Bayi sangat mudah terdedah ngan sejuk. Jadi, satu keperluan untuk dipakaikan topi, kasut dan sarung tangan. Lebih-lebih lagi TOPI untuk memanaskan kepala bayi. Pattern ini, berjaring-jaring jadi ia tak terlalu panas buat bayi. Dalam masa sama, melindungi bayi dari kesejukan dan tersedu-sedu.

1 comment:

  1. boleh bgi ukuran saiz kpla baby x?
    kite nk buat topi kait ntuk baby...tp xde bby nk d ukur..hukhukhuk...

    n if possible,
    nk 'resepi' topi ni???
    heheh..
    >>>> nad_temmincki@yahoo.com

    ReplyDelete