Sunday, January 10, 2021

Lembaran tahun 2019

Assalamualaikum 2019. Alhamdulillah, setelah sekian lama, Ibu anak 4 ini menulis balik dalam blognya SENI-SARAH. Ok, perkembangan terbaru, aku baru sahaja menyiapkan kostum anak-anak untuk Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia.
Tema yang ditetapkan ialah "cowboy"



Tuesday, October 2, 2012

BenangKait.Com's Baby Dress Contest


Pertandingan yang ditunggu-tunggu telah tiba. Baby Dress Contest di Facebook oleh BenangKait.com Sekiranya kalian suka sila LIKE di link berikut Baby Kimono huhu...mana tahu rezeki, boleh menang. InsyaALLAH.  =)


Ini pula Baby Vest rekaan Ibu yang dah berusia hampir 20 tahun. Jika suka sila LIKE  Baby Vest ini. Terima kasih.

Wednesday, July 20, 2011

BenangKait.Com's Baby Booties Contest

Baby Booties Contest
#3 Contestant: by Sarah Seth
Assalamualaikum. Semalam saya menyertai BenangKait.Com's Baby Booties Contest di Facebook yang dianjurkan oleh benangkait . Kepada rakan-rakan yang meminati design kasut ini, kalian boleh vote saya di Baby Booties Contest 

Sokongan kalian amat saya hargai. Terima kasih.

Wednesday, July 13, 2011

FLOWER 5

Rekaan pertama saya menggunakan simbol crochet standard. =)


Stuff:
- a pair of 4mm (diameter) knit needles.
- size G-6 (4mm) crochet hook.
Gauge:
- 30 st x 7 rows = 6” x 1 “ bracelet
- the flower is 40 - 45mm diameter. (depends on yarn size)
Step 1: Knit for the bracelet
- cast on 30 stitches
- rnd 1 until rnd 7 - knit
- cast off
Abbreviations:
Ch = chain
Sl st = slip stitch
Sc = single crochet
Dc = double crochet
Step 2: Crochet
Rnd 1 - start with magic ring OR make 4 chains. Make 10 sc. Join the 1st with the 10th ch.
Rnd 2 – * chain 3 from the 1st st and sl st on the 3rd ch. Repeat step * 4 times.
Rnd 3 – *ch 2, dc 3 times, ch 2 then sl st (sl st above the same previous sl st in rnd 2). You’ve made 1 petal. Repeat step * 4 times.
Rnd 4 – 7 sc on each petal. Repeat 4 times. Fasten off.
© SENiSarah 2010. You have the right to make as many items as you like for profit from this pattern BUT pattern may not be reproduced or copied in any way for profit. Please give credit to senisarah.blogspot.com when selling products made with my pattern. Thank you.

BABY GIFT SET

(a) Topi Bayi

 
 (b) Sarung Tangan Bayi

 (c) Stokin @ But Bayi

Monday, June 20, 2011

Topi Baby

Alhamdulillah. 7 Jun lalu lahirlah anak saudara bernama Wan Hanzalah. Comei!. Maka diriku telah membuat 2 helai topi buat baby Hanzalah. Patternnya boleh didapati di the dainty daisy blog dibawah ruangan free pattern.
Shell Stitch Baby Beanie

Betul. Patternnya betul-betul mudah. Benang yang digunakan benang khas untuk bayi, Baby Color jenama KUKA yang dibeli di BENANGKAIT. Benar, agak mahal kerana anda harus membeli 1 lot terus (ada 6 gulung), tetapi percayalah, sekali cuba pasti nak buat macam-macam dengan benang ini. Ia ringan dan warnanya sangat sweet. Saya menggunakan hook saiz 5.5mm. Oh ye, crochet hook saiz-saiz begini tak boleh didapati di kedai-kedai tempatan. Jadi saya membelinya di cotton house store.

Baby Color, KUKA


TQ Mak Ngah! Hanzalah suka topi nih! =)



Saya mendapati pattern shell stitch beanie memang sesuai sekiranya anda ingin buat topi yang mudah dan cepat siap (disiapkan kurang 1 jam). Bila dah ada anak buah, baru saya perasan sesuatu. Bayi sangat mudah terdedah ngan sejuk. Jadi, satu keperluan untuk dipakaikan topi, kasut dan sarung tangan. Lebih-lebih lagi TOPI untuk memanaskan kepala bayi. Pattern ini, berjaring-jaring jadi ia tak terlalu panas buat bayi. Dalam masa sama, melindungi bayi dari kesejukan dan tersedu-sedu.

Wednesday, February 2, 2011

kerja kahwin in-progress

*the card

*kad-kad yang menunggu untuk diposkan

*inside-card-content 









*the venue

Monday, December 20, 2010

Hadiah Buat Little Princess

Hujung minggu memang menyeronokkan. Lebih seronok bila dapat menyiapkan 1 set aksesori yang comel ini. Alhamdulillah. Gift set ini mengandungi sepasang kasut, sarung tangan dan headband. Tiada yang baru dari saya, kerana kesemua aksesori berikut saya buat menggunakan free pattern dari laman-laman web pereka crochet. Cuma deco tambahan seperti 3-layers flower dan tiny flower adalah rekaan saya (nantikan tutorial dari saya, tak lama lagi, insyALLAH)

Untuk Kasut bayi, saya menggunakan pattern mary janes---> sila lihat post kasut green mint mary janes sebelum ini.
 
Kasut Bayi:
Benang: 100% akrilik jenama NONA
Jarum: Double Ended Crochet hook saiz 3.5mm jenama CLOVER

Bunga Ungu: 
Benang: Jenama DMC (100% cotton embroidery)
Jarum: Saiz 2.20mm jenama CLOVER

Rekaan sarung tangan masih menggunakan rekaan Bella Bambina Baby Mittens.

Tutorial baby headband oleh Frances Hughes boleh anda muat turun di SINI
dan cari kata kunci "headband". Ada 3 pattern headband yang ditunjukkan. Saya menggunakan pattern yang ketiga.

Keseluruhannya, saya menggunakan jarum saiz 3.5mm untuk benang green mint, saiz yang paling besar dalam koleksi untuk mendapatkan saiz kasut dan mittens yang optimum. Manakala bagi aksesori bunga ungu,untuk mendapatkan efek berkilat dan lebih lembut, saya menggunakan benang DMC dan jarum saiz 2.20mm.Hoho..walaupun benang DMC mahal berganda...

a) Green Mint Mittens

b) Green Mint Mary Janes (ditambah bunga crochet)

c) Gift Set

d) Headband

e) Upclose Headband

Tuesday, November 30, 2010

Where do i shop for material?

(a) Lorong Tuanku Abdul Rahman 3, berdekatan dengan Jalan Chow Kit
(b) Kedai WHite Petal dan Kassis menghadap Giant, Taman Permata

Ada 2 lokasi pilihan dimana saya membeli barang-barang jahitan seperti benang kait, butang dan manik. Jika saya ada masa yang agak terluang (selalunya di hujung minggu), saya lebih suka membeli barang-barang tersebut di Chow Kit (a). Ini kerana anda akan mendapati pilihan yang pelbagai serta harga yang sangat memuaskan. Walaubagaimanapun, jika saya hanya ingin membeli 1-2 benang kait yang dah habis stok, lebih senang dengan hanya menyinggah ke kedai Kassis atau White Petal (b) yang hanya 10 minit memandu dari rumah.

Tuesday, November 16, 2010

Asal Usul

Setiap sesuatu ada mulanya. Jadi saya ingin berkongsi satu cerita perihal bagaimana saya bermula menceburkan diri dalam hobi mengait ini.

.....Ada satu memori yang tak pernah lepas dari ingatan; Seorang kanak-kanak tadika melihat Emaknya mengait kopiah hitam dan hijau untuk Ayah. Hmm..menarik! Emak memegang hook dan benang yang tebal. Waktu itu daku tak tahu apa itu crochet. Kanak-kanak itu melihat penuh minat dan ingin mencuba. Tetapi Emak berkata, "nantilah bila awak besar sikit baru belajar". Mungkin sekarang Emak dah lupa, tapi dari situ datang minat yang terpendam lama.

Kemudian datang ilham pada awal Ramadhan 2009 untuk mencungkil minat yang lama. Self-learning crochet melalui video tutorial di internet. Maka terhasillah apa yang anda lihat di blog saya ini. Hasil kerja tangan yang bermula dari minat.

Walau apapun dan bagaimana saya bermula dan berada sekarang, insyALLAH saya tak pernah lupa. Bahawa segala ilham, kekuatan, daya dan upaya datang dari-NYA.

Brooch *pertama

Lagi Kasut Bayi

Terbaru, saya telah menyiapkan 3 pasang kasut bayi berikut. Rekaan pertama menggunakan rekaan percuma yang anda boleh download sahaja PDF pattern saartje booties . Kasut bayi ini menggunakan teknik 'knitting' atau istilah bahasa Melayunya ialah 'kait 2 jarum. Oh ye, rekaan asal saartje boties ini mempunyai 2 strap  yang sesuai dipakai oleh bayi lelaki mahupun perempuan. Tetapi saya telah mengubahnya menjadi 1 strap supaya ia kelihatan seperti kasut ballet. Dan bunga dibahagian adalah penambahan untuk menyerlahkan feminiti kasut tersebut.

Rekaan kedua dan ketiga menggunakan teknik crochet (Kait Satu Jarum) rekaan Tracey Aiena yang boleh anda dapati di youtube . Ada 5 step-by-step  video tutorial kesemuanya. Sungguh mudah! Frankly speaking, video tutorial is much easier to understand than reading a pattern by itself. Jadi, untuk anda dan saya yang baru-baru menceburkan diri dalam hobi mengait, belajar melalui video tutorial adalah cara yang terbaik. 

Jika anda perasan kasut ke-2 dan ke-3 sedikit berbeza. Ini kerana saya telah mengubahsuai kasut ke-2 dimana ia mempunyai 'ribbed' dibahagian tapak kasut. Manakala kasut ke-3 telah dibuat betul-betul mematuhi video tutorial Tracey Aiena. Selamat mencuba. 


(a) Pink Saartje Ballet Booties 

(b) Blue Ribbed Mary Jane Slipper


(c) Green Mint Mary Jane Slipper

Saturday, July 31, 2010

Tangan punya kerja

Alhamdulillah, Sepanjang minggu ini telah siap 4 pasang sepatu bayi. Rekaan (a), (b) dan (c) menggunakan free-pattern dari laman web magiadocrochet .Awalnya, saya telah termodifikasi  sepatu (a) kerana telah tersalah faham dalam membaca pattern tersebut. Hoho..al-maklumlah kerana pattern tersebut dalam bahasa Portugis.

Dengan kecanggihan google, saya menggunakan google translate untuk menterjemahkan pattern tersebut ke bahasa Inggeris, maka disitulah kekeliruan bermula. Pun begitu saya berterima kasih dengan magiadocrochet kerana pattern ini diiringi dengan banyak foto-foto yang menerangkan secara jelas step-by-step dan penerangannya juga terperinci.

Manakal sepatu (d) menggunakan free-pattern dari laman web lain. Huhu..berminat? Anda boleh muat turun sepatu bayi Mary Janes yang comel ini rekaan Carolyn Christmas. Selamat mencuba.
 (a) Blue chocolate
(b) Fresh green
(c) Cool Magenta
(d) Red Chille